Sunday, August 25, 2019

Aliran Renaissance








Pengenalan


  • Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali iaitu renisciment. 
  • Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani.
  • Seni zaman ini merupakan reaksi dan tindak balas terhadap seni zaman pertengahan(Medieval Art Era).
  • Zaman ini mempunyai tiga peringkat iaitu zaman awal renaissance,zaman kemuncak atau kegemilangan dan zaman akhir renaissance.
  • Pelukis dibayar oleh pihak gereja dan golongan bangsawan.
  • Menghasilkan karya berdasarkan bible bagi memudahkan penyebaran agama dalam bentuk visual kepada golongan bawahan.
  • Golongan bangsawan pula melukis gambar potret atau ahli keluarga bertujuan untuk menunjukkan status.

Zaman awal Renaissance


  • Giotto di Bondone (1266-1337)
    Itali merupakan pusat yang menjadi pencetus ketamadunan dunia dan pusat pencetus kebudayaan.
  • Giotto di Bondone merupakan orang yang membawa kepada kebangkitan tersebut.
  • Beliau menghasilkan karya berdasarkan ;
    1.Perasaan.
    2.Sifat semula jadi.
    3.Tingkah laku.
    4.Unsur cahaya.
    5.Ruang.
    6.Mood suasana semula jadi yang realistik.
  • Seni lukis zaman ini dipengaruhi oleh zaman rom dan yunani.
  • Pengkarya mendalami aliran humanisme dalam menghasilkan karya seni .
  • Kajian antik ini tercermin sebagai seni renaissance.

Contoh karya Giotto di Bondone

 Lamentation(The Mourning Of Christ)
Arena,Chapel,Itali By Giotto Di Bondone
                                                               


Zaman Kegemilangan Renaissance

Leonardo Da Vinci


  • Gereja menjadi institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.
  • Muncul bandar baru seperti Venice dan Milan.
  • Zaman kemuncak seni di itali.
  • Memberatkan nilai estetika dan Mementingkan kesempurnaan.
  • Pelukis termahsyur pada era ini ialah Leonardo Da Vinci.
  • Beliau merupakan simbol keunggulan zaman renaissance.
  • Antara karya terkenalnya ialah Mona Lisa.
  • Secara ringkasnya karya pada zaman ini lebih bertemakan potret.
  • Bahan dan media yang digunakan terdiri daripada cat minyak di atas kain linen dan tempera .



Contoh karya Leonardo Da Vinci

Mona Lisa By Leonardo Da Vinci
(1503)





Zaman akhir Renaissance


  • Zaman terakhir era renaissance
  • Subjek dan tema masih lagi bertemakan keagamaan,mitologi dan potret
  • Penggunaan bahan yang sama seperti cat minyak,kanvas linen,fresco dan marble bagi penghasilan arca
  • Pelukis atau pengarca terkenal pada waktu ini ialah Michealangelo Buonarotti
 Michealangelo Buonarotti
(1475-1564)
  • Antara karya beliau yang terkenal ialah “THE CREATION OF ADAM”.
  • Beliau mengambil masa 4 tahun bagi menyelesaikan karya tersebut.
  • Beliau juga banyak menghasilkan arca yang dibuat dari batu marble dengan menggunakan teknik pahatan.
  • Antara arcanya ialah “David”.
  • Diletakkan dihadapan gereja Pallazo Vechio sebagai lambang kekuatan,kesatuan dan kemarahan.
  • Arca david juga dianggap sebagai lambang kebebasan,kemerdekaan dan wakil politik di bandar florence itali
  • Michealangelo juga lebih mendapat perhatian berbanding pelukis lain seperti van dyck dan peter brugal
  • Ringkasnya seni zaman akhir ini lebih bertemakan ketuhanan dan keagaamaan.


Contoh karya Michealangelo Buonarotti





The Creation Of Adam
 (1508-1512)






                                                       David
                                                        (1501-1504)













Ciri asas seni reka


  • Menekankan ciri perspektif dalam komposisi gambar
  • Dipengaruhi dengan klasik Rom dan Yunani
  • Teknik pengcahayaan yang datang dari atas
  • Bersifat Humanisme,Naturalisme dan Rasionalisme
  • Karya yang menggambarkan suasana kehidupan pada waktu itu dan peristiwa keagamaan
  • Penggunaan warna tempera dan fresco
  • Penggunaan warna latar yang gelap
  • Lukisan bayak dihasilkan dalam keadaan separuh bogel 
  • Bentuk figura kelihatan jelas dalam karya mahupun pematungan



Zaman Renaissance






SEKIAN, TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment